KANSER
FARAJ/VAGINA
Kanser faraj ataupun vagina adalah
kanser reproduktif wanita yang paling jarang berlaku. Kanser ini kerap berlaku
di kalangan wanita yang berusia 60 – 65 tahun dan cuma merangkumi 1-2% daripada
kanser reproduktif wanita.
TANDA-TANDA KANSER
FARAJ / VAGINA
Tanda-tanda kanser vagina adalah sama
seperti kanser pangkal rahim seperti keluar darah, lendir dan ketumbuhan yang
dikesan di bahagian dalam faraj.
KAEDAH RAWATAN KANSER FARAJ
Kaedah utama rawatan kanser faraj adalah
radioterapi. Pembedahan cuma boleh dilakukan pada sebahagian kecil pesakit di
peringkat awal kanser.
KANSER VULVA
Kanser vulva ataupun kanser kemaluan
luar adalah sejenis kanser wanita yang jarang berlaku di Malaysia, malah ianya
juga sangat jarang berlaku di negara-negara lain Asia Tenggara. Kanser vulva
lebih kerap berlaku di negara-negara barat. Ini berkemungkinan ada kaitan
dengan faktor genetik dan sensitiviti kulit wanita-wanita Barat. Kanser vulva
adalah sejenis kanser kulit yang menyelaputi kemaluan luar ataupun vulva. Di
Malaysia dan banyak negara-negara Asia Tenggara lain, kanser ini adalah kanser
organ reproduktif wanita yang kelima dari segi kekerapan dan merangkumi 3-5%
daripada keseluruhan kanser organ reproduktif wanita.
Kanser vulva adalah sejenis kanser
wanita yang melibatkan wanita yang berumur lebih 60 tahun. Ianya jarang berlaku
kepada wanita-wanita yang muda. Insiden kanser vulva di kalangan wanita yang
berumur lebih dari 75 tahun adalah 13 di dalam 100,000 orang wanita setahun.
TANDA-TANDA KANSER VALVA
Tanda-tanda kemungkinan wanita
mengidap kanser vulva adalah seperti berikut:
·
Ketumbuhan yang membesar pada bahagian vulva
·
Kegatalan atau kepedihan yang berpanjangan pada bahagian
tertentu vulva.
·
Keluar lendir dan darah dari vulva
·
Jika sekiranya kanser vulva merebak ke saluran kencing,
pesakit akan mengadu sakit ataupun sukar membuang air kecil.
No comments:
Post a Comment